Aku Budak Trolak

Idea yang hadir melalui laman ini hanya coretan rasa dari seorang anak peneroka FELDA, yang pernah bersama keluarga dalam mengharungi suka duka di rancangan FELDA.

Aku Budak Trolak

Idea yang hadir melalui laman ini hanya coretan rasa dari seorang anak peneroka FELDA, yang pernah bersama keluarga dalam mengharungi suka duka di rancangan FELDA.

Aku Budak Trolak

Laman 'facebook' Aku Budak Trolak.

Aku Budak Trolak

Salam Kemerdekaan dari Aku Budak Trolak. Hayati erti kemerdekaan sebenar dari perspektif Islam.

Aku Budak Trolak

Hidup ini merupakan satu cabaran. Gelombang yang datang memberikan satu impak yang akan mengubah sesuatu keadaan.

Ratings and Recommendations by OutBrain

Tak Boleh Klik Kiri

Jumaat, 3 Mei 2013

Siri Rumahku : Bahagian 16

Tarikh: 3 Mei 2013 (Jumaat)
Malam tadi sedang kusyuk menaip sesuatu di komputer, tiba-tiba telefon berbunyi. Tertera nama Ustazah Thohirah dengan mesejnya yang tertera "Askm,pel aspuri cuti minggu ini. mrk blh pulang esok jam 12. Terima kasih-warden aspuri". Ucapan terima kasih atas makluman melalui SMS tersebut.

Terus fikiran teringat akan rumah yang masih dalam pembinaan. Hati mula berkata-kata untuk kembali menjengah. Sambil itu teringat akan pesan-pesan Marwan untuk mozek. Rasanya jika berkesempatan akan diluangkan sedikit masa untuk meninjau kedai-kedai mozek itu nanti.

Setelah mengambil Kak Long di asrama, terus menjengah ke kedai untuk sistem 'alarm' dan CCTV serta 'autogate'. Perbincangan dengan pemilik kedai agak lama kerana perlukan penerangan yang terperinci. Segala fungsi diterangkan secara 'detail'. Setelah itu memilih beberapa mozek yang menjadi pilihan.

Setiba di tapak pembangunan telah banyak yang berubah.


Kak Long dan adik yang begitu gembira melihat rumah yang bakal didiami


Bahagian berenda rumah yang terdapat dua tiang untuk tangga rumah


Lagi bahagian berenda di kedudukan lebih dekat


Lantai bahagian 'carpark' yang telah disimen


Ruang letak kereta yang kelihatan luas


Gelap, sebab ketiadaan lampu. Inilah ruang tamu yang telah siap disimen sepenuhnya


Pandangan ruang tamu dari bahagian dapur


'Table Top' yang telah dibina


Ini pula kepingan 'Syiling Plaster' yang akan digunakan


Hiasannya pula


Bahagian anak rumah di bahagian dapur


Bahan yang akan digunakan untuk pembangunan pembinaan seterusnya


Ini mungkin untuk pagar depan


Tapak untuk tiang rumah yang telah siap


Rumah yang hampir 60% siap


IlyTrolak:
"Teringat janji esok dengan Marwan"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih

PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.


Khamis, 2 Mei 2013

Cerita Pilihanraya Umum 2013

Entah bagaimana hendak dimulakan bicara, tak pandai hendak bermadah seloka untuk menyusun kata. Khuatir ianya menyentuh jiwa dan mencuit hati. Tapi teringin juga hendak diceritakan sebagai cerita santai di petang ini.

Setelah bercuti semalam sempena HARI PEKERJA, hari ini bermula kembali penyambung tugas sebagai pegawai perkhidmatan awam. Setiba di kuanter di pejabat untuk menandatangani kehadiran kelihatan sampul yang tertera nama empunya diri.


Permulaan beranggapan tentunya jemputan kenduri perkahwinan yang akan berlangsung sempena pilihanraya umum yang akan diadakan pada Ahad nanti atau hari sebelumnya.


Setelah dibuka sampulnya dan buka lembaran yang disediakan ternyata tekaan salah dan tersasar terus.


Mungkin ianya ucapan untuk "HARI GURU" tetapi terlalu awal untuk diserahkan kerana hari ini baru 2 Mei 2013 sedangkan Hari Guru akan berlangsung pada 16 Mei 2013.


Berbeza cara penyampaian sebuah lagi parti bertanding. Naskah yang terdiri beberapa lembaran makalah dimasukkan dalam peti surat di rumahku.


Untuk edaran yang mewakili parti pertama tersebut aku hanya perlukan tak sampai seminit untuk menghabiskan pembacaan, kerana hanya menceritakan tentang peribadi calon dan rayuan undi, tetapi untuk edaran parti kedua tersebut, memerlukan masa yang lebih lama untuk diteliti. Segala-galanya diceritakan tentang calon, parti dan arah tuju parti tersebut.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah satu parti hanya mengemukakan seorang sahaja untuk dipilih dan satu parti lagi berkemungkinan mempunyai satu persefahaman dan kerjasama.

Dalam kesibukan dan pertandingan dalam PRU, mungkin akan terjadi keberuntungan atau kerugian kepada pihak-pihak di sekeliling calon tertentu. Terdapatnya sok-sek sekitar pilihanraya ini. Dengarnya dua calon yang bertandingan dalam PRU kali ini merupakan adik dan emak saudara kepada seorang kakitangan di institusi ini. Kedua-duanya mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlainan. Adik beliau bertandingan mewakili sebuah parti di DUN lain dan emak saudaranya di DUN lain pula, namun dalam kawasan parlimen yang sama.


Terdengar pula sok-seknya bahawa jika antara calon atau kedua calon tersebut mencapai kemenangan, maka beliau hendak mohon sesutau yang berbentuk kepentingan peribadi. mengeluh hati ini bila mendengarnya. Itulah antara sebabnya, walaupun calon tersebut sememangnya berjuang untuk Islam, tetapi terdapat orang di sekelilingnya yang akan mengambil kesempatan, maka sukar untuk Allah Yang Maha Berkuasa untuk memakbulkan.

Tapi ini hanya khabar-khabar sok sek sahaja. Kebenaran entah betul, entahkan tidak.


IlyTrolak:
"Dalam musim PRU ini kena berhati-hati menyusun kata, kuatir akan menjadi isu lain pula"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih

PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.


Rabu, 1 Mei 2013

Siri Rumahku : Bahagian 15

Tarikh: 1 Mei 2013 (Rabu)
Semalam telah diserahkan wang diperlukan untuk pembelian barang-barang untuk pembinaan rumah. Rasanya jumlah yang diberi semalam merupakan jumlah yang besar dipohon semasa dalam proses pembinaan ini. Kini rasanya tinggallah baki yang akan diserahkan setelah rumah siap sepenuhnya nanti.




Bahagian dapur yang dah bersimen


Bahagian ruang ke bilik mandi juga sudah bersimen


Bahagian bilik yang telah disimen sepenuhnya


Salur najis yang digunakan hanya plastik ni?


Text


Text


Text


Longkang bahagian belakang rumah yang siap


Longkang tepi rumah


Kerja menyimen bahagian atas anak rumah yang dalam usaha dan longkang yang kelihatan semakin kemas


Longkang yang membawa keluar...


Bahagian bumbung yang paling lama untuk disiapkan


Ruangan ini perlu diperbaiki, termasuk beberapa bahagian lain


IlyTrolak:
"Masih ada permintaan yang belum dipenuhi... perlu disebut semula untuk peringatan"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih

PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.


Selasa, 30 April 2013

Siri Rumahku : Bahagian 14

Tarikh: 30 April 2013 (Selasa)
Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Satu SMS diterima, tertera nama Marwan di paparan telefon. Apabila dibuka peti masuk SMS tertera teks "Bg bsk mau duwik 45 ribu". Bermakna Marwan memerlukan wang lagi untuk pembinaan rumah. Jumlah yang dipohon merupakan jumlah terbesar sepanjang tempoh pembinaan dilakukan.

Memang mengikut perbincangan sebelumnya, lawatan akan dibuat ke tapak pembinaan pada hari esok. Memandangkan esok ada perkara yang lebih penting yang perlu diselesaikan, maka pada hari ini juga perlu dikeluarkan sejumlah wang tersebut dan diserahkan kepada Marwan.


Wayar elektrik yang sudah siap dipasang

Kontraktor yang membuat penyambungan wayar elektrik untuk rumah ini ialah Anjo atau Zul iaitu anak Mak Angkat aku sendiri. Alhamdulillah, sekian lama tak pernah berjumpa, oleh kerana pembinaan rumah ini, maka dapat bertemu bersua kembali. Untuk rumah ini, pemilihan satu suis satu point menjadi pilihan aku. Ini bermakna satu lampu menggunakan satu suis, jika empat lampu maka empat suis diperlukan.


Kelihatan wayar-wayar elektrik yang telah dipasang


Kerja pemasangan wayar elektrik dalam rumah telah disiapkan pemasangannya

Seperkara lagi yang dapat dilihat ialah kerja-kerja menyimen kawasan bilik utama dan bilik bacaan juga telah dibuat. Jelas ketebalan simen yang letakkan hampir 3 ke 4 inci. Puas hati dengan kerja dilakukan. Selepas ini, bilik-bilik ini menanti pemasangan 'mozet'.


Bahagian lantai yang telah mula disimen


Text


Text


Bahagian bilik depan yang telah siap di 'plaster' dindingnya

Menurut Marwan, pada hari ini bekerja sampai pukul 2 petang sahaja, sebelumnya kerja-kerja kemasan untuk longkang dilaksanakan, tetapi pada pukul 2 petang hujan telah turun dengan lebat menyebabkan kerja terpaksa dihentikan dan mungkin disambung esok hari.


Longkang bertutup akibat hujan ketika kerja-kerja sedang dijalankan


Kerja memasang longkang hampir siap sepenuhnya


Bahagian tepi atap 'slap' yang telah dibuka, cuma menanti kerja hiasan sahaja


Pemandangan dari bahagian hadapan rumah


Text

Ketika berada di hadapan rumah ini, terpandang akan tangki air yang digunakan, terus pertanyaan tentang tangki air dalam rumah diajukan kepada Marwan. Menurut beliau, tangki air yang akan dipasang ialah tangki air yang besar sekali. Kemudian saluran yang dipersetujui untuk paip menggunakan air tangki ialah di bilik air luar dan bilik air di bilik 1 dan bilik 2.


Tingkap panjang akan diletakkan bingkai luar di sekelilingnya.


Text


Text

Ketika hendak melangkah kaki meninggalkan kawasan pembinaan rumah, terpandangan pada keadaan jalan yang masih belum berturap. In Sya Allah, jalan penyelesaian akan dicari untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam hati berkata "Dah macam duk kat kampung je..".


Jalan yang masih tidak berturap


Sepanjang jalan tiada turapan kerana kurang rumah dibangunkan


IlyTrolak:
"'Sebenarnya saya mahu balik bang, tapi duit sudah habis.' Kemudian kelihatan beliau agak sebak untuk meneruskan perbualan. Jelas terlihat diraut wajah beliau, kerinduan yang bertapak dalam jiwa terhadap ahli keluarganya."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih

PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.