Tak Boleh Klik Kiri

Sabtu, 5 September 2009

Panduan Buat Taugeh Sendiri

Sedang aku meneliti box "Ahli Mesyuarat Tingkap" di laman aku, terlihat aku chat yang dibuat oleh nickname 'tanya' di alamat emel sas5593@yahoo.com.my, bertanyakan tentang cara membuat taugeh.

Aku cubalah layar beberapa laman dan hasilnya aku masukkan ke dalam laman ini. Mungkin berguna untuk semua pengunjung laman ini.

Langkah 1
Memula basuh kacang hijau tu... bersih-bersih... rendam semalaman...

Langkah 2
Selepas rendam kacang tu akan mengembang, berkemungkinan ada yang bertunas sikit, basuh sekali lagi.

Langkah 3
Sediakan bekas yang berlubang (penapis)... lapikkan bekas penapis tu dengan tuala kecil yang telah dibasahkan terlebih dahulu...

Langkah 4
Seterusnya masukkan kacang hijau tadi... ratakan... siram dengan sedikit air... lapik permukaan kacang tadi satu lagi tuala yang telah dibasahkan juga...

Langkah 5
Simpan ditempat yg teduh sedikit... renjis kacang anda tu setiap hari... renjis di atas towel tu je... jangan terlalu kering sangat... biar sentiasa lembab...

Langkah 6
Simpan selama 4 hari... Tengoklah hasilnya... Insyaallah boleh dituai.. pasti anda gembira sebab boleh buat taugre sendiri dijamin halal punya...


Petua Taugeh Tahan Lama

Langkah 1
Ambil sebiji limau nipis dan potong supaya menjadi tiga kepingan.

Langkah 2
Masukkan potongan-potongan limau tersebut ke dalam taugeh yang telah direndam dalam air.

Langkah 3
Hasilnya taugeh akan tetap segar untuk digunakan selepas itu.


Khasiat Taugeh

Menu TAUGEH untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Taugeh dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, taugeh yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Taugeh dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat taugeh tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan taugeh sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian mereka. Saponi dalam taugeh, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, taugeh padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan taugeh merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat taugeh yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama taugeh dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur taugeh janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.


Petua Dapat Anak

Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini. Petua ni saya dapat melalui email daripada salah seorang sahabat saya. Katanya petua ini alhamdulillah memang terbukti setakat ini

Begini petuanya :

Langkah 1
Ambil segenggam kacang hijau.

Langkah 2
Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak taugeh kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala taugeh). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).

Langkah 3
Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)

Langkah 4
Bila dah jadi anak taugeh, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)

Langkah 5
Rebus taugeh itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.

Langkah 6
Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).

Langkah 7
Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. Sekian


Ily Trolak : Semoga memberi manfaat pada pengunjung. Dapat tahu juga terdapat teknik yang canggih membuat taugeh ni... Jika sesiapa ada cara lain, mungkin boleh kongsi bersama

0 comments:

Catat Ulasan