Tak Boleh Klik Kiri

Ahad, 16 Mei 2010

Madah-Madah Di Hari Guru

Bermula dari beberapa hari yang lepas, telefon bimbit telah menerima beberapa SMS yang berkaitan dengan Hari Guru. Mod telah berubah. Jika selama ini banyak SMS yang bermacam cerita tetapi dalam beberapa hari ini cerita SMS bermotif sama.

Begitulah saban tahun, semenjak mendaftarkan diri sebagai seorang yang bergelar "GURU".

Jika diimbau kembali, tidak teringat sudah adakah sambutan hari guru ini pada masa dahulu sama seperti masa kini. Tampak berbeza yang amat ketara ialah timbunan SMS yang mencurah-curah.

Teknologi membiarkan generasi kini tidak perlu berbicara untuk meluahkan sesuatu. Hanya dengan teks yang ditaip dimuka telefon bimbit, ianya terus kepada orang yang dimaksudkan.

Bukan dengan cara SMS sahaja tetapi emel juga turut menjadi alternatif dalam dunia masa kini. Teknologi membawa banyak perubahan kepada generasi yang berada di zaman sekarang.

Cetusan 'Facebook' yang begitu popular juga menjadi tempat semua untuk menyampaikan ucapan 'Selamat Hari Guru" kepada semua guru, bekas guru, juga kepada bakal guru yang sedang mengikuti latihan perguruan di institusi pengajian tinggi.

Di sini adalah beberapa SMS yang aku terima sempena "Hari Guru 2010"

  1. Guru umpama NTV7 kerana "CERIA SELALU...", Guru juga kadang kala seperti TV3 kerana "MENJADI INSPIRASI HIDUPKU..." yang pasti guru juga bagaikan NT9 kerana "DEKAT DI HATI" dan yang paling penting guru juga bagaikan ASTRO kerana "MACAM-MACAM ADA" oleh itu "SELAMAT HARI GURU"
  2. Apakah cita-cita anda sebelum jadi guru? Majistert? Loyar? Engineer? Anda menyesal jadi guru? Cuba lihat, ada tak loyar yang sanggup pakai topi arkitek? Ada tak majistret yang berani sarung kot doktor? Tapi guru adalah SEMUA itu. Kitalah doktor ketika budak sakit, loyar bila parent soal, majistret bila budak bergaduh. Hatta security guard dan ahli nujum pun kita! semalam pula jadi tukang kebun gotong royong perdana... Oleh itu banggalah jadi GURU. Selamat Hari Guru. Jasamu sentiada dalam ingatan.
  3. Dulu, murid hormat dan takut guru. Kini, guru takut murid. Dulu, guru chalk n talk. kini, guru kena sslow talk. Dulu guru boleh claim, kini, taj boleh complain. Dulu, hari guru dapat wang saku.. kini, guru dapat penyapu... kena gotong-royong... "SELAMAT HARI GURU"
  4. Yang menghafaz itu guru sejarah, yang cakap berbunga itu guru sastera, teratur ayatnya guru BM, sihat orangnya guru PJ, sopan orangnya guru Sivik, warak orangnya guru PI, pelik orangnya guru PS, tak pernah marah guru kaunseling, smart orangnya guru BI, banyak klaimnya guru SBT, relex orangnya guru pool, yang suka meniru tu guru, power cakapnya GB. Guru Pembina Negara Bangsa... Selamat Hari Guru
  5. Guru... dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada mesra, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru - Selamat Hari Guru.
  6. selain dari ucapan biasa "Selamat Hari Guru"


Jelaslah bahawa sememangnya guru itu adalah segalanya... tetapi harus ingat guru bukan hanya di sekolah. Guru pertama kita bukan guru yang sambut kita hari mula kita bersekolah. Guru kita yang sebenar ialah ibu bapa yang mendidik kita dari dalam perut sehinggalah kini menjadi insan berguna...

Oleh itu, sempena hari guru ini, untuk semua insan guru, bekas guru, bakal guru serta ibu dan bapa...

Selamat Hari Guru - Guru Pembina Negara Bangsa


0 comments:

Catat Ulasan