Ratings and Recommendations by OutBrain

Tak Boleh Klik Kiri

Selasa, 28 Februari 2012

Guru Besar Cedera Diserang Guru Lelaki

Illustrasi Oleh: http://harith15.files.wordpress.com
GEORGE TOWN, 28 Feb (Bernama) -- Seorang guru besar sekolah rendah di Air Itam cedera selepas diserang seorang guru lelaki sekolah yang sama dalam satu pergaduhan di sini Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden Ahmad Bakhtiar Kassim berkata guru besar lelaki berusia 48 tahun itu diserang ketika membuat rondaan dari kelas ke kelas pada 8.30 pagi.

"Kejadian itu berlaku semasa guru besar berkenaan sedang membuat rondaan dan beliau mendapati kelas yang diajar oleh guru lelaki terbabit berada dalam keadaan bising.

"Guru besar itu bertindak merakam keadaan kelas yang bising dengan menggunakan telefon bimbit miliknya," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata tindakan itu tidak disenangi guru lelaki berkenaan, yang bertindak mengekori guru besar tersebut.


Sumber: BERNAMA




0 comments:

Catat Ulasan