Ratings and Recommendations by OutBrain

Tak Boleh Klik Kiri

Isnin, 5 Mac 2012

Kerjasama Pendidikan Ukraine-M'sia Catat Pencapaian Besar - Duta

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Ukraine dan Malaysia menyambut ulang tahun ke-20 hubungan diplomatik pada hujung minggu lepas, dan sepanjang tempoh itu menyaksikan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan semakin kukuh.

Satu daripada perkembangan terbaru dan paling signifikan ialah dalam sektor pendidikan, yang disifatkan oleh Duta Besar Ukraine ke Malaysia Ihor V Hummenyi, sebagai satu "pencapaian besar".

Beliau mengumumkan Lincoln University College, Malaysia telah memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga universiti terkemuka di Ukraine untuk Program Ijazah Perubatan Kampus Luar Negara untuk menawarkan ijazah Sarjana Perubatan (MD) kepada pelajar tempatan.

Ini merupakan pencapaian penting bagi rakyat Ukraine dan Malaysia, kata duta itu, berikutan MoU itu dimeterai hasil daripada usaha kedutaan Ukraine di sini dan Kerajaan Malaysia, khususnya Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Agensi Kelayakan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Hummenyi menjelaskan mengenai program itu dalam wawancara dengan Bernama sempena sambutan ulang tahun ke-20 hubungan diplomatik Ukraine dengan Malaysia.


Sumber: BERNAMA




0 comments:

Catat Ulasan