Tak Boleh Klik Kiri

Ahad, 16 September 2012

Testimoni Ayahanda dengan Pati Delima Gulsan

Apa yang dinyatakan adalah tujuan berkongsi dan promosi sekali. Penggunaan produk ini diuji pada ayahanda sendiri.

Ayahanda merupakan pengidap penyakit kencing manis seawal umur 32 tahun dan pada tahun 2010 beliau telah disahkan mengalami masalah jantung. Rawatan pada mulanya hanya di klinik kesihatan berdekatan bertukar ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Perkara yang membangga tentang ayahanda ialah beliau tidak jemu dan sangat tertib dalam mengamalkan ubatan yang disyorkan oleh pihak doktor dari klinik kesihatan. Namun begitu beliau tetap mencari alternatif lain dalam perubatan. Rasanya dah beribu RM dilaburkan untuk tujuan tersebut. Ubatan alternatif yang dicuba memang sehingga mencecah ratusan ringgit untuk satu produk.

Pada bulan Ramadhan tahun ini, ayahanda meminta untuk mencari ubat untuk meningkatkan daya ingatan sebab keinginan beliau untuk menghafal ayat-ayat Quran yang begitu dirasakan sukar ketika ini. Terus terdetik dalam hati ini, Jus Delima. Dalam pencarian mencari jus delima, terjumpa satu produk PATI DELIMA GULSAN. Dengan modal hanya RM18.00, ayahanda terus membayar.

Selang beberapa minggu sehinggalah selepas Aidilfitri 2012, apabila satu hari bertandang ke rumah ayahanda, belum pun sempat punggung melabuhkan ke kerusi, bonda bersuara menyatakan sesuatu;

"Eli (Nama Manja), kali ni memang best..." Apa yang 'best'? tiba-tiba sahaja dengan spontan memikirkan banyak perkara.

"Sebelum makan jus (istilah bonda pada PATI DELIMA GULSAN) itu, bacaan kencing manis abah kamu 18, 16, memang tak koman dari 16 le..." perasaan ternanti-nanti penerangan selanjutnya. Maksud koman tu ialah tak kurang bacaannya.

"Minggu lepas 8, baru ni cek dah 6" jelas bonda.

Dalam hati mula terdetik kejutan. Penuh perasaan syukur hati ini mendoakan kesejahteraan kesihatan yang berpanjangan untuk ayahanda dan bonda.

Pada 12 September 2012 (Rabu) pula merupakan temujanji ayahanda bersama doktor pakar di IJN. Ayahanda memang berhasrat memohon diri ini untuk membawa beliau ke IJN, tetapi oleh kerana pada tarikh ditetapkan diri ini terpaksa bertugas mengawas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tugas tersebut diserahkan kepada adik yang lain pula. Hanya surat "Guarantee Letter" sahaja mewakili diri ini.

Pada hari ditetapkan, ayahanda, bonda dan adinda lelakiku mengorak perjalanan ke IJN, hati ini memang terlalu teringat ayahanda. Sering hati ini mendoakan kesejahteraan ayahanda, pada ketika diri ini di bilik peperiksaan ketika itu, mengawasi calon-calon kecil menduduki UPSR.

Oleh kerana, kejutan yang diterima dari keputusan ujian kencing manis ayahanda sebelum ini, perasaan ingin tahu berkaitan keputusan pemeriksaan dan rawatan di IJN memang sangat dinantikan.

Hari yang sama beberapa kali telefon ditekan, tiada balasan dan jawapan dari ayahanda mau pun bonda. Hati ini mula risau, pelbagai persoalan dan jangkaan mula berlegar-legar.

Sehingga pagi esoknya beberapa kali diri ini cuba menghubungi ayahanda dan bonda melalui telefon, tapi tetap gagal.

Sehingga petangnya diri ini berhasrat untuk pulang ke kampung. Selesai mengawas calon peperiksaan, pacuan kereta terus menghala ke rumah dan menunggu anak-anak balik dari sekolah agama. Diri ini bercadang untuk pulang ke kampung bersama anak-anak.

Selang beberapa minit diri ini melabuhkan tubuh ke bangku di ruang tamu, kelihatan kereta ayahanda tiba di hadapan rumah.

Bingkas diri ini menuju ke depan rumah menyambut ketibaan ayahanda dan bonda. Setelah memberi salam pada ayahanda dan bonda diri ini mempelawa ayahanda dan bonda masuk ke rumah. Dalam mengiringi ayahanda dan bonda, dengan rasa gembira, bonda memberitahu ayahanda pada sebelah paginya ke kebun.

"Abah tak penat ke?" balas aku setelah mengetahui aktiviti ayahanda tersebut.

"Alhamdulillah, sejak makan jus tu... tak nampak abah kamu penat sangat" balas bonda yang sememangnya sering menjadi juru cakap ayahanda.

"Bagaimana keputusan cek semalam?" diri ini seakan tidak sabar menunggu keputusan tersebut.

"Semalam last le abah kamu buat rawatan kat sana" terkejut diri ini dengan ungkapan dari bonda. Mulalah persoalan-persoalan bermain di fikiran. Mengapa? Kenapa? berulang kali di fikiran.

"Kata Doktor tu, jantung abah kamu dah macam biasa, dah tak tersumbat, dah macam orang berumur 30an..." bonda menjelaskan segalanya... "biar betul..." hati ini menerka.

"Lepas ni cuma rawatan seperti biasa di hospital berhampiran sahaja, tak perlu ke sana..." bonda membuat penjelasan.

Diri ini seakan tidak percaya, pada firasat mungkin rawatan tetap di IJN tetapi tempoh giliran rawatan dipanjangkan. Tetapi kini tidak...

Ayahanda beberapa kali mengiyakan kata-kata bonda. Memang ketara perbezaan ayahanda ketika ini. Wajahnya begitu ceria... walaupun umurnya telah mencapai 70 tahun.

"Tak perlu ubat mahal-mahal, murah pun kalau serasi memang bagus" jelas ayahanda ketika rancak menyuapkan juadah yang disediakan di meja makan.

"Ya Allah, sesungguhnya aku amat bersyukur kepadaMu kerana memberi kesihatan yang sejahtera kepada ayahanda dan bonda. Semoga mereka lebih ceria lagi." Sesungguhnya tercetus kesyukuran ini.

Kisah ini diceritakan adalah merupakan hasil yang diterima oleh ayahanda sejak mengamalkan Pati Delima Gulsan. Kebiasaannya banyak penawar yang disediakan oleh Allah untuk hambaNya. Kita sebagai insan sahaja yang perlu mencarinya.

Namun begitu, hasil ini adalah pada ayahanda. Setiap orang ada keserasian masing-masing. Pada yang berminat mendapatkan 'PATI DELIMA GULSAN' bolehlah menghubungi nombor berikut 0127030970.

IlyTrolak:
"Kita hanya mencari ikhtiar, tetapi Allah juga penentu segalanya"



Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.


4 comments:

nak tnya,kalo amik pati delima ni n mak mmg ada kencing manis siap ngan insulin g...bleh campur ke?ada cara pengambilan yg betul tak...sbb bila mak minum tu dia komplen pening2..mata cam rabun2...kesan sampingan ke ape tu?

Mungkin perlu dicampur dengan air dan kurangkan sedikit kuantiti pat delima tersebut

ayahanda mike tu amik brape lama nak sampe kesan yang baik tu...n antara kesan sampingan awalnya ape? pening...ngantuk..demam....ke? kesan ini berlarutan brape lama ya...

Suami sy br mencuba pati delima ni selama seminggu. Minggu lepas check bp 185/115 tp arini check 144/95. Sy mmg monitor pengambilan pati ni. mmg xpernah miss. Br seminggu tp dah nmpk kesannye. Di samping ubat-ubatan apa salahnyer kita mencuba alternatif lain kan.

Catat Ulasan