MELAKA 17 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyegerakan kelulusan permohonan kenaikan elaun tetap perumahan penjawat awam daripada RM180 kepada RM480.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kesatuan itu sudah pun memohon kenaikan elaun terbabit sejak lima tahun lalu.
"Jadi, saya berharap elaun itu dapat dinaikkan pada kadar RM480 daripada RM180 sebulan. Jumlah itu pun sebenarnya masih rendah jika mengambil kira dengan kos hidup sekarang kerana sewa rumah di kawasan bandar memang membebankan termasuk golongan muda yang baru bekerja.
"Jika diluluskan (elaun tetap perumahan RM480), sudah tentu tahap perkhidmatan anggota dapat dipertingkatkan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Gaza daripada penjawat awam Kementerian Pertahanan Melaka di Dewan Perwira, Kem Terendak di sini hari ini.
Omar berkata, pihaknya juga memohon kerajaan segera mempertimbang dan meluluskan permohonan penurunan faedah pinjaman perumahan daripada empat peratus kepada satu peratus. - UTUSAN
Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd
IlyTrolak:
"Boleh ke? Tuntutan dah lama dipohon... sehingga kini masih sekadar tuntutan,"
"Boleh ke? Tuntutan dah lama dipohon... sehingga kini masih sekadar tuntutan,"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih
PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

0 comments:
Catat Ulasan